Wednesday, August 26, 2009

JOGGS??? Ape tu.....?????

Assalamualikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan yang beragama ISLAM.

Sebagi post untuk entri yang kedua, kami pilih untuk menerangkan apa yang dimaksudkan dengan JOGGS, apakah fungsinya, misi dan visi, siapakah yang terlibat didalam JOGGS ini dan organisasi JOGGS dan aktiviti-aktiviti yang telahpun dan akan JOGGS aturkan kepada para pelajar Geomatik yang telahpun menyertai JOGGS ini.

*Pengaturcaraan dan penggunaan bahasa dalam entri ini dibuat secara santai supaya apa yang kami mahu sampaikan kepada semua dapat diterima secara total dan jelas.

Sebagai permulaan, dan juga berdasarkan kepada pertanyaan yang sering kami terima ialah APA ITU JOGGS...???

Sebagai penerangan, JOGGS ialah singkatan kepada Junior Organization for Geomatics and Geoinformatics Students. Ianya adalah sebuah persatuan atau organisasi yang ditubuhkan dibawah Pertubuhan Jurukur Malaysia (The Institution of Surveyors, Malaysia, ISM), dibawah bahagian GLS (Geomatics and Land Survey). Untuk makluman semua, dibawah bahagian GLS ini, terdapat satu lagi organisasi yang dipanggil JO (Junior Organization) dan di bawah organisasi inilah lahirnya JOGGS.


Secara amnya, keahlian JOGGS ini adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang menuntut dalam bidang atau jurusan Geomatik dan Geoinformatik di mana-mana institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sehingga kini, kami telahpun membuka keahlian kepada 4 buah institusi pengajian tinggi di semenanjung Malaysia iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Ungku Omar (PUO). Setiap pelajar yang mendaftar dengan kami akan diletakkan dibawah keahlian pelajar atau student members ISM.

VISI JOGGS

Jika dilihat daripada kewujudan pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia yang menawarkan pengajian dalam bidang atau jurusan Geomatik dan Geoinformatik ini, maka akan wujudlah berbagai komuniti pelajar daripada bidang Geomatik dan Geoinformatik atau sebagai panggilan manjanya "Pelajar Survey @ Ukur". Selain daripada itu, terdapat juga bermacam persatuan yang ditubuhkan di setiap institusi pengajian ini mengikut bidang pengajian mereka. Sebagai contoh, persatuan PEMETA adalah dianggotai oleh pelajar-pelajar Geomatik di UTM, persatuan GEOMASS, dianggotai oleh pelajar-pelajar Geomatik di UiTM, dan Kelab Ukur Tanah untuk pelajar-pelajar ukur tanah di Politeknik.

Oleh kerana wujudnya kepelbagaian komuniti dan persatuan itu, maka ianya menjadi visi kami untuk menjadi sebagai jambatan penghubung diantara komuniti-komuniti pelajar ini bagi menyatukan mereka dibawah satu bumbung dan organisasi besar yang di panggil JOGGS ini.


MISI JOGGS

Dengan visi yang telah ditatapkan itu, maka secara automatiknya kami telahpun bertanggungjawab untuk menggalas misi-misi organisasi, samada secara langsung daripada ISM dan bahagian GLS ataupun misi-misi yang telah kami tetapkan. Diantara misi-misi kami ialah :
  1. Mendedahkan kepada para pelajar yang menuntut dalam bidang Geomatik dan Geoinformatik mengenai kewujudan dan peranan ISM dan bahagian GLS didalam bidang Geomatik dan Geoinformatik di Malaysia. Sebagai contoh, penerangan mengenai pinjaman untuk pengajian (seperti juga loan PTPTN) yang ada disediakan oleh ISM kepada sesiapa yang ingin dan layak memohon.
  2. Sebagai medium untuk menjalinkan hubungan profesional antara pelajar-pelajar, institusi-institusi pengajian dengan badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan atuapun dengan mana-mana industri Geomatik dan Geoinformatik yang wujud di Malaysia ini khususnya.
  3. Menarik minat pelajar-pelajar yang menuntut dalam bidang Geomatik dan Geoinformatik untuk sama-sama menyertai organisasi JOGGS ini, sekaligus menjadi "student members ISM" dan sama-sama menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh JOGGS.

ORGANISASI JOGGS

Sehingga tarikh entri ini ditulis, jawatankuasa perancang JOGGS ini dianggotai oleh beberapa orang daripada organisasi JO dan juga pelajar daripada UTM dan UiTM Shah Alam. Organisasi ini berperanan untuk merancang pergerakan dan aktiviti-aktiviti JOGGS dan oleh kerana keahlian JOGGS baru sahaja dibuka kepada pelajar-pelajar Politeknik, maka ada antara mereka yang akan dipilih untuk menjdai ahli jawatankuasa perancang JOGGS. Mereka yang terlibat didalam jawatankuasa perancang JOGGS bagi sesi 2008/2009 ialah :


Setiap tahun, kami akan membuat perlantikan jawatankuasa baru, ataupun jika ada antara ahli jawatankuasa itu sudahpun tamat pengajian. Untuk merancang pergerakan dan aktiviti-aktiviti JOGGS ini, kami akan bermesyuarat sebulan sekali dimana-mana lokasi secara bergilir seperti di UTM Skudai, UiTM Shah Alam ataupun di bangunan ISM di Petaling Jaya.

No comments:

Post a Comment