Saturday, September 12, 2009

JOGGS WORKSHOP 2009


JOGGS Workshop 2009 ini adalah siri workshop pertama yang telah berjaya dianjurkan oleh jawatankuasa JOGGS , dengan kerjasama bahagian GLS ISM, UiTM khususnya Jabatan Sains Ukur dan Geomatik, dibawah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur dan juga UTM khususnya dibawah Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi.

Setelah berbincang dan membuat kira-kira, pihak jawatankuasa JOGGS telah bersetuju bahawa siri pertama ini diadakan di tapak perkhemahan dan motivasi DUSUN ECO RESORT yang terletak di Bentong, Pahang selama 3 hari 2 malam,iaitu pada 20-22 Febuari 2009 dan ianya telah disertai seramai 80 orang peserta daripada UiTM dan UTM.


Untuk siri pertama ini, kami penekanan diberikan lebih kepada tema "A torch of future in geomatics" dimana siri workshop ini lebih memberi pendedahan kepada peserta mengenai prospek kerjaya yang bakal ditempuhi di dalam bidang Geomatik dan Geoinformatik ini apabila para peserta tamat belajar dan menempuhi alam pekerjaan kelak.

"CAREER TALK"

Sebagai pengisian workshop, kami telah memilih beberapa cabang kepada bidang Geomatik dan Geoinformatik untuk diberi penekanan dan telah menjemput 3 orang penceramah untuk memberi penerangan secara professional dan pendedahan kepada para peserta mengikut kepakaran setiap penceramah. Topik-topik yang dibincangkan ialah berkenaan dengan kemajuan, masa depan karier, keperluan untuk menceburi setiap bidang dan sedikit pengalaman dikongsi oleh setiap penceramah berkenaan dengan 3 cabang Geomatik iaitu, GIS, Hydrographic Survey dan Land Survey.


TALK daripada Pengerusi ISM GLS DIVISION, juga Pengarah Seksyen Topografi, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr. Ahmad Fauzi Bin Nordin.

Sesi pertama ini amatlah bertuah kerana Pengerusi GLS Division, iaitu Sr. Ahmad Fauzi sendiri turut sama menyokong dan menyertai program ini dengan memberikan penerangan berkenaan dengan fungsi Jabatan Ukur dan Pemetaan, lebih-lebih lagi berkenaan dengan fungsi dan peranan Seksyen Topografi dan juga mengenai kepentingan sempadan dan kaedah penentuannya, daripada lot-lot biasa sehinggalah kepada lot antarabangsa iaitu sempadan negara.


Talk daripada Sr. Abdul Hadi Bin Abdul Samad

Sr. Abdul Hadi pada ketika ini ialah Setiausaha Kehormat ISM, juga baru sahaja menamatkan khidmatnya bersama JUPEM dan baru sahaja membuka firma ukurnya sendiri iaitu AA Geomatics pada ketika itu. Dalam talk yang di sampaikannya, Sr. Abdul Hadi banyak menyentuh mengenai prospek-prospek berkenaan dengan bagaimana hendak menjadi seorang jurukur tanah berlesen dan disini, beliau banyak menyentuh dan berkongsi pengalaman-pengalaman beliau semasa masih berkhidmat untuk JUPEM sehinggalah beliau membuka firmanya sendiri dimana ini betujuan untuk memotivasikan dan menaikkan semangat para peserta supaya lebih jelas dengan bidang Geomatik dan berusaha untuk berjaya.


Ceramah Motivasi

Selain daripada talk mengenai karier dan pendedahan-pendedahan kepada alam pekerjaan, para peserta juga di hidangkan dengan satu ceramah motivasi yang mana berujuan untuk memotivasikan para peserta supaya terus bersemangat dalam mengharungi bidang pengajian dan bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan kelak. Untuk sesi ceramah motivasi ini, kami telah menjemput Sr. Dr. Wan Aminuddin, iaitu salah seorang pensyarah di Universiti Sains Malaya, juga salah seorang ahli ISM.


Sesi Ice Breaking

Ini merupakan aktiviti pertama kami untuk siri workshop ini. Memandangkan para peserta adalah daripada 2 institusi pengajian yang berbeza, iaitu daripada UiTM Shah Alam dan UTM Skudai, maka sesi ice breaking ini di adakan untuk memberikan ruang kepada para peserta untuk lebih mengenali peserta lain. Hasilnya, terdapat 8 kumpulan peserta yang terdiri daripada 8 orang sekumpulan untuk sesi workshop ini.


Aktiviti Outdoors

Selain mendedahkan peserta kepada motivati dan talk berkenaan kerjaya, siri workshop ini juga mendedahkan kepada para peserta untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti outdoors yang telah di aturkan seperti jungle tracking, berakit, night walk dan rentas halangan. Kalau asyik dengan talk, tekanan la...... :)


BBQ dan persembahan kumpulan

Pada malam terakhir sesi workshop ini, satu jamuan bbq di adakan dan setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan.


Mendaftar sebagai "STUDENT MEMBERS" ISM.

Sehingga kini, sudah lebih daripada 200 orang pelajar dari UiTM Shah Alam dan UTM Skudai telahpun mendaftarkan diri sebagai student members ISM dibawah bahagian GLS dan keahlian ini mungkin lagi akan bertambah, hasil daripada pembukaan keahlian baru kepada pelajar-pelajar diploma Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Politeknik Ungku Omar.

Seperti yang telah dimaklumkan dalam entri sebelum ini, ahli-ahli ISM student members / JOGGS ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar daripda UiTM Shah Alam, UTM Skudai, POLISAS dan PUO. Mana-mana pelajar yang mengambil jurusan atau bidang Geomatik atau Geoinformatik daripada mana-mana antara institusi pengajian yg tersenarai tu adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri sebagai student members ISM.

Borang keahlian boleh dimuat turun disini.
Borang keahlain pelajar

Setiap permohonan keahlian haruslah disertakan bersama :
  • Yuran keahlian iaitu cuma RM50.00 untuk 5 tahun.
  • 2 keping gambar terbaru berukuran pasport.
  • 1 salinan kad pengenalan.
  • 1 salinan kad pelajar.
  • 1 salinan slip keputusan peperiksaan yang terkini.

Kesemua borang-borang permohonan ini boleh diserahkan kepada wakil-wakil institusi pengajian masing-masing untuk diserahkan kepada pihak ISM.

PERHATIAN :
Bahagian C dan D pada borang permohonan, iaitu bahagian EMPLOYMENT DETAILS dan PROPOSER tidak perlu di isi dan harus dibiarkan kosong.

Setelah borang permohonan diterima, surat pengesahan keahlian dan kad keahlian daripada ISM akan dikeluarkan kepada setiap pemohon.

*Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah di email kepada kami, joggsism@gmail.com.

Friday, September 11, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua....

Kepada yang beragama ISLAM,lagi 9 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan disini, kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri" dan maaf zahir batin.


Untuk pengetahuan semua, ruangan blog ini masih lagi dalam proses penambahbaikkan dan entri-entri untuk program-program kami yang telah berlalu dan akan datang sedang di usahakan dan bakal menyusul dalam sediki masa lagi.

Itu sahaja untuk makluman semua, terima kasih.

p/s : Untuk pembaca, jangan keberatan untuk meninggalkan link anda di ruangan chatbox kami, boleh dianggap sebagai guestbook kami :)